Intro

Welcome and Welcome! DinetFM is an Internet Radio Station broadcasting live music with 24kbps mono and Online 24 hours a day. Listeners can request the song via this blog and DJ will get the request directly.

DinetFM Live



[ Status Song ] [ Get The Player ]

Request

Meet Uncle Hussain ada kelainan

Komen anggota Meet Uncle Hussain sendiri, sebaik saja melihat Faizal membolot 3 anugerah iaitu Juara Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik melalui Sampai Syurga, mereka terus menjangkakan gelaran Juara Lagu berpihak kepada Faizal.

"Sebelum itu, kami juga ada meramalkan beberapa lagu yang lain termasuklah Kalis Rindu nyanyian Elyana. Tetapi bila saja Lagu Untukmu diumumkan sebagai pemenang kategori Pop Rock, kami mula meletakkan harapan untuk meraih Juara Lagu itu. Lagu itu sebenarnya telah terperam selama 3 tahun.

"Apabila menang, kami anggap ia satu rezeki dan berharap ia akan mengubah nasib kami. Selama ini bayaran show untuk kami survive pun pun masih sama," katanya.

Ditanya komen Azmeer pula, dia berkata, Meet Uncle Hussein adalah sebuah band muzik yang memperjuangkan lagu yang segar dan baru.

"Vokal penyanyinya juga sangat bagus serta persembahan pentas mereka sangat menonjolkan. Sebab itulah kami pihak juri sebulat suara bersetuju untuk mengangkat lagu ini sebagai Juara Lagu.

"Seperkara lagi, pemilihan Juara Lagu dibuat berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik serta chord progression yang cukup baik. Ia sama sekali tidak dibantu dengan kemenangan Vokal Terbaik mahupun Persembahan Terbaik. Ciri-ciri inilah yang ada pada Lagu Untukmu untuk dipilih sebagai Juara Lagu berbanding Sampai Syurga. Namun saya harus akui markah untuk kedua-dua lagu ini tidak jauh bezanya," katanya.

Namun beliau berpendapat untuk Vokal Terbaik, Faizal telah berjaya menonjolkan perkembangan vokal dalam lagu itu dengan baik bersama dengan klimaksnya. Mengenai kemenangan Persoalan Cinta nyanyian Farawahida dan ciptaan Julfekar, Ku Seman serta Izza Rosley meraih Juara Etnik Kreatif, Azmeer berkata, lagu itu tekah menggabungkan fusion etnik dengan cukup baik sekali.

"Malah ia turut menyertakan penggunaan alat muzik tradisional Cina iaitu erhu sewaktu rakaman dan persembahan secara live. Ia bukan saja mampu membawa kelainan tetapi disampaikan dengam cukup berkesan," katanya.

AJL23 yang kali ini bertemakan kbertemakan Iluminasi Muzik… Perjuangan Antara Yang Terbaik dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3.

Ditaja Stage Cosmetics buat julung kalinya, AJL 23 yang dihadiri 15,000 penonton turut diserikan dengan persembahan Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M Nasir bersama penyanyi cilik Wada, Haqiem dan Hafiz manakala Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail bertindak selaku hos

» Read More....

Lagu Untukmu Memang Selayaknya Menang!

KUALA LUMPUR, 19 JAN 2008: Kemenangan lagu Sampai Syurga yang membolot 3 anugerah utama dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi, ternyata belum cukup kuat untuk mengangkat lagu ciptaan Audi Mok, Ahmad Izham Omar serta Faizal Tahir itu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Sebaliknya, lagu yang dipersembahkan

Faizal Tahir dengan cukup mantap itu terpaksa menerima kekalahan di tangan Lagu Untukmu ciptaan dan nyanyian Meet Uncle Hussein yang sebelum ini disenaraikan dalam kategori Pop Rock. Namun, Faizal mengakui bahawa dia sedikit pun tidak berasa kecewa apabila keputusan Juara Lagu lebih berpihak kepada Lagu Untukmu berbanding Sampai Syurga.
Terus-terang saya katakan, jika dibandingkan antara kedua-dua lagu itu, saya rasa Lagu Untukmu memang layak sekali untuk menang dan jika ada sesiapa (wartawan) yang pernah mewawancara saya sebelum ini, saya selalu katakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Meet Uncle Hussain.

"Secara peribadi saya memang cukup meminati Meet Uncle Hussain. Saya adalah peminat besar mereka dan saya juga sering mengatakan perkara ini setiap kali berjumpa dengan mereka. Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan Azmeer selaku ketua juri bahawa Meet Uncle Hussain adalah sebuah band muzik yang cukup berani menonjolkan satu kelainan dalam industri muzik kita," katanya.

Pendapat Faizal turut disokong komposer Sampai Syurga iaitu Audi Mok.

"Sebagai komposer, sudah tentulah saya mahu lagu saya menang. Tapi, kemenangan itu tidak akan mengubah apa-apa kerana Sampai Syurga adalah sebuah lagu balada. Tapi apabila sesebuah lagu seperti Lagu Untukmu menang, ia akan dapat mengubah persepsi bahawa hanya lagu berentak balada saja yang boleh menjadi Juara Lagu.

"Malah, ia secara langsung dapat membuka laluan yang lebih luas lagi untuk saya terus berkarya dengan lagu-lagu yang berentak lebih fast kerana secara peribadi saya sebenarnya tidak begitu menyukai lagu balada. Sebab itu saya gembira apabila juri dapat membuka mata mereka dengan memberi kemenangan ke atas Meet Uncle Hussain.

"Lagi satu, saya sendiri mempunyai sejarah bersama Meet Uncle Hussein dan saya tahu bahawa mereka adalah sebuah band muzik yang bagus dan apa yang penting Lagu Untukmu itu benar-benar mempunyai sound yang bercirikan muzik Malaysia,” katanya yang akan terus bekerjasama lagi dengan Faizal dan Ahmad Izham.

» Read More....

 

Copyright By  © DiNeTFM Da Blog | Original Design by NTLN @ 2008 | Modified By iEn a.k.a muncet

Back to TOP