Intro

Welcome and Welcome! DinetFM is an Internet Radio Station broadcasting live music with 24kbps mono and Online 24 hours a day. Listeners can request the song via this blog and DJ will get the request directly.

DinetFM Live



[ Status Song ] [ Get The Player ]

Request

Meet Uncle Hussain ada kelainan

Komen anggota Meet Uncle Hussain sendiri, sebaik saja melihat Faizal membolot 3 anugerah iaitu Juara Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik melalui Sampai Syurga, mereka terus menjangkakan gelaran Juara Lagu berpihak kepada Faizal.

"Sebelum itu, kami juga ada meramalkan beberapa lagu yang lain termasuklah Kalis Rindu nyanyian Elyana. Tetapi bila saja Lagu Untukmu diumumkan sebagai pemenang kategori Pop Rock, kami mula meletakkan harapan untuk meraih Juara Lagu itu. Lagu itu sebenarnya telah terperam selama 3 tahun.

"Apabila menang, kami anggap ia satu rezeki dan berharap ia akan mengubah nasib kami. Selama ini bayaran show untuk kami survive pun pun masih sama," katanya.

Ditanya komen Azmeer pula, dia berkata, Meet Uncle Hussein adalah sebuah band muzik yang memperjuangkan lagu yang segar dan baru.

"Vokal penyanyinya juga sangat bagus serta persembahan pentas mereka sangat menonjolkan. Sebab itulah kami pihak juri sebulat suara bersetuju untuk mengangkat lagu ini sebagai Juara Lagu.

"Seperkara lagi, pemilihan Juara Lagu dibuat berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik serta chord progression yang cukup baik. Ia sama sekali tidak dibantu dengan kemenangan Vokal Terbaik mahupun Persembahan Terbaik. Ciri-ciri inilah yang ada pada Lagu Untukmu untuk dipilih sebagai Juara Lagu berbanding Sampai Syurga. Namun saya harus akui markah untuk kedua-dua lagu ini tidak jauh bezanya," katanya.

Namun beliau berpendapat untuk Vokal Terbaik, Faizal telah berjaya menonjolkan perkembangan vokal dalam lagu itu dengan baik bersama dengan klimaksnya. Mengenai kemenangan Persoalan Cinta nyanyian Farawahida dan ciptaan Julfekar, Ku Seman serta Izza Rosley meraih Juara Etnik Kreatif, Azmeer berkata, lagu itu tekah menggabungkan fusion etnik dengan cukup baik sekali.

"Malah ia turut menyertakan penggunaan alat muzik tradisional Cina iaitu erhu sewaktu rakaman dan persembahan secara live. Ia bukan saja mampu membawa kelainan tetapi disampaikan dengam cukup berkesan," katanya.

AJL23 yang kali ini bertemakan kbertemakan Iluminasi Muzik… Perjuangan Antara Yang Terbaik dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3.

Ditaja Stage Cosmetics buat julung kalinya, AJL 23 yang dihadiri 15,000 penonton turut diserikan dengan persembahan Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M Nasir bersama penyanyi cilik Wada, Haqiem dan Hafiz manakala Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail bertindak selaku hos

No comments:

 

Copyright By  © DiNeTFM Da Blog: Meet Uncle Hussain ada kelainan | Original Design by NTLN @ 2008 | Modified By iEn a.k.a muncet

Back to TOP