Intro

Welcome and Welcome! DinetFM is an Internet Radio Station broadcasting live music with 24kbps mono and Online 24 hours a day. Listeners can request the song via this blog and DJ will get the request directly.

DinetFM Live



[ Status Song ] [ Get The Player ]

Request

Showing posts with label Gossip Isu. Show all posts
Showing posts with label Gossip Isu. Show all posts

Meet Uncle Hussain ada kelainan

Komen anggota Meet Uncle Hussain sendiri, sebaik saja melihat Faizal membolot 3 anugerah iaitu Juara Balada, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik melalui Sampai Syurga, mereka terus menjangkakan gelaran Juara Lagu berpihak kepada Faizal.

"Sebelum itu, kami juga ada meramalkan beberapa lagu yang lain termasuklah Kalis Rindu nyanyian Elyana. Tetapi bila saja Lagu Untukmu diumumkan sebagai pemenang kategori Pop Rock, kami mula meletakkan harapan untuk meraih Juara Lagu itu. Lagu itu sebenarnya telah terperam selama 3 tahun.

"Apabila menang, kami anggap ia satu rezeki dan berharap ia akan mengubah nasib kami. Selama ini bayaran show untuk kami survive pun pun masih sama," katanya.

Ditanya komen Azmeer pula, dia berkata, Meet Uncle Hussein adalah sebuah band muzik yang memperjuangkan lagu yang segar dan baru.

"Vokal penyanyinya juga sangat bagus serta persembahan pentas mereka sangat menonjolkan. Sebab itulah kami pihak juri sebulat suara bersetuju untuk mengangkat lagu ini sebagai Juara Lagu.

"Seperkara lagi, pemilihan Juara Lagu dibuat berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik serta chord progression yang cukup baik. Ia sama sekali tidak dibantu dengan kemenangan Vokal Terbaik mahupun Persembahan Terbaik. Ciri-ciri inilah yang ada pada Lagu Untukmu untuk dipilih sebagai Juara Lagu berbanding Sampai Syurga. Namun saya harus akui markah untuk kedua-dua lagu ini tidak jauh bezanya," katanya.

Namun beliau berpendapat untuk Vokal Terbaik, Faizal telah berjaya menonjolkan perkembangan vokal dalam lagu itu dengan baik bersama dengan klimaksnya. Mengenai kemenangan Persoalan Cinta nyanyian Farawahida dan ciptaan Julfekar, Ku Seman serta Izza Rosley meraih Juara Etnik Kreatif, Azmeer berkata, lagu itu tekah menggabungkan fusion etnik dengan cukup baik sekali.

"Malah ia turut menyertakan penggunaan alat muzik tradisional Cina iaitu erhu sewaktu rakaman dan persembahan secara live. Ia bukan saja mampu membawa kelainan tetapi disampaikan dengam cukup berkesan," katanya.

AJL23 yang kali ini bertemakan kbertemakan Iluminasi Muzik… Perjuangan Antara Yang Terbaik dipancarkan secara siaran langsung menerusi TV3.

Ditaja Stage Cosmetics buat julung kalinya, AJL 23 yang dihadiri 15,000 penonton turut diserikan dengan persembahan Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M Nasir bersama penyanyi cilik Wada, Haqiem dan Hafiz manakala Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail bertindak selaku hos

» Read More....

Lagu Untukmu Memang Selayaknya Menang!

KUALA LUMPUR, 19 JAN 2008: Kemenangan lagu Sampai Syurga yang membolot 3 anugerah utama dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi, ternyata belum cukup kuat untuk mengangkat lagu ciptaan Audi Mok, Ahmad Izham Omar serta Faizal Tahir itu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Sebaliknya, lagu yang dipersembahkan

Faizal Tahir dengan cukup mantap itu terpaksa menerima kekalahan di tangan Lagu Untukmu ciptaan dan nyanyian Meet Uncle Hussein yang sebelum ini disenaraikan dalam kategori Pop Rock. Namun, Faizal mengakui bahawa dia sedikit pun tidak berasa kecewa apabila keputusan Juara Lagu lebih berpihak kepada Lagu Untukmu berbanding Sampai Syurga.
Terus-terang saya katakan, jika dibandingkan antara kedua-dua lagu itu, saya rasa Lagu Untukmu memang layak sekali untuk menang dan jika ada sesiapa (wartawan) yang pernah mewawancara saya sebelum ini, saya selalu katakan bahawa kemenangan akan berpihak kepada Meet Uncle Hussain.

"Secara peribadi saya memang cukup meminati Meet Uncle Hussain. Saya adalah peminat besar mereka dan saya juga sering mengatakan perkara ini setiap kali berjumpa dengan mereka. Saya juga bersetuju dengan apa yang dikatakan Azmeer selaku ketua juri bahawa Meet Uncle Hussain adalah sebuah band muzik yang cukup berani menonjolkan satu kelainan dalam industri muzik kita," katanya.

Pendapat Faizal turut disokong komposer Sampai Syurga iaitu Audi Mok.

"Sebagai komposer, sudah tentulah saya mahu lagu saya menang. Tapi, kemenangan itu tidak akan mengubah apa-apa kerana Sampai Syurga adalah sebuah lagu balada. Tapi apabila sesebuah lagu seperti Lagu Untukmu menang, ia akan dapat mengubah persepsi bahawa hanya lagu berentak balada saja yang boleh menjadi Juara Lagu.

"Malah, ia secara langsung dapat membuka laluan yang lebih luas lagi untuk saya terus berkarya dengan lagu-lagu yang berentak lebih fast kerana secara peribadi saya sebenarnya tidak begitu menyukai lagu balada. Sebab itu saya gembira apabila juri dapat membuka mata mereka dengan memberi kemenangan ke atas Meet Uncle Hussain.

"Lagi satu, saya sendiri mempunyai sejarah bersama Meet Uncle Hussein dan saya tahu bahawa mereka adalah sebuah band muzik yang bagus dan apa yang penting Lagu Untukmu itu benar-benar mempunyai sound yang bercirikan muzik Malaysia,” katanya yang akan terus bekerjasama lagi dengan Faizal dan Ahmad Izham.

» Read More....

Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir! AJL

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2009: Acara gemilang Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang berakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi menyaksikan Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai juara sekali gus mengenepikan Faizal Tahir yang menjuarai kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga.

Kemenangan Meet Uncle Hussain terus membuktikan bahawa kumpulan indie mampu mendominasi AJL selepas Estranged yang pernah meraih gelaran yang sama pada AJL tahun lalu melalui Itu Kamu.

Dengan tema Illuminasi Muzik, karya hebat Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass & Lan manakala lirik tulisan Taja & Tass turut dinobatkan sebagai Juara Kategori Pop Rock.
Secara keseluruhan, Meet Uncle Hussain berjaya membawa pulang 2 trofi serta wang tunai berjumlah RM37,000 pada malam ini.

Sementara itu, malam kemuncak AJL23 turut menyaksikan kepulangan hebat Mr Superman, Faizal Tahir yang cemerlang dengan menggondol 3 trofi selepas menghadapi kontroversi pada awal 2008. Tahun lalu, cita-cita Faizal terbantut untuk beraksi pada AJL22 tetapi semuanya ditebus dengan penuh bermaruah, malam tadi.

Faizal merangkul 3 anugerah utama iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik serta Juara Kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok & Ahmad Idzham Omar bersama lirik nukilan Faizal sendiri.

Ia sememangnya malam yang hebat buat Faizal apabila membawa pulang 3 buah trofi dan wang tunai berjumlah RM32,000.

Juara bagi kategori Etnik Kreatif pula adalah Persoalan Cinta nyanyian Farawahida hasil ciptaan Julfekar dan lirik oleh Ku Seman & Izza Rosley. Untuk kategori ini pemenang membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM 12,000.

Hadiah disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Media Prima Berhad, Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan.

AJL23 yang berlangsung secara gemilang dan dipancarkan melalui TV3, telah dihoskan oleh Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

» Read More....

Ustaz Akhil Tak Setuju Dianggap Kantoi

KUALA LUMPUR, 12 JAN 2008: Pelbagai reaksi diterima daripada peminat apabila segmen gosip dalam mendedahkan penceramah dan penyanyi Ustaz Akhil Hayy keluar menonton wayang bersama Waheeda di sebuah pawagam, baru-baru ini.

Sungguhpun begitu, gosip tersebut nampaknya tidak begitu disenangi Ustaz Akil kerana ia dianggap mampu menjejaskan kerjaya seninya serta reputasinya sebagai seorang pendakwah.

"Apabila gosip seperti itu dikeluarkan tanpa merujuk kepada empunya diri terlebih dulu, ia bukan saja mampu mengundang salah sangka di kalangan masyarakat, tapi menimbulkan bermacam-macam tanggapan buruk.

"Lebih-lebih apabila tulisan itu menggunakan perkataan kantoi. Terus-terang, ana katakan, ana tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan tersebut. Bagi ana, kantoi itu merujuk kepada sesuatu keadaan di mana seseorang dilihat telah melakukan kesalahan sedangkan ana tidak berada di dalam situasi seperti itu. Jadi kenapa perkataan kantoi itu harus digunakan?"Kebetulan pula ada ruangan komen disertakan bersama tulisan itu, jadi ia memberikan peluang kepada pembaca untuk mengeluarkan pelbagai komen mereka menerusi ruangan tersebut.

"Sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya cerita yang berlaku di sebalik menonton wayang itu. Mereka hanya menilai daripada sudut paparan cerita tersebut dan mengambil bulat-bulat apa yang dibaca," katanya sewaktu ditemui pada malam persandingan Mawi & Ekin di Seri Kembangan.

Menurut Ustaz Akil lagi, dia turut kesal kerana tidak bertanyakan lebih lanjut tentang kebenaran serta apa sebenarnya yang berlaku pada waktu itu.

"Ana faham, sebagai selebriti orang akan sentiasa melihat apa yang kita buat. Tapi, sepatutnya penulis gosip itu menghubungi ana dan bertanya betulkah apa yang dilihatnya itu, siapa lagi yang turut berada di situ, insya-Allah, ana akan jelaskan.

"Ana khuatir sekarang masyarakat akan menganggap yang bukan-bukan dan menuduh ana sebagai ustaz yang munafik. Bagaimana ana hendak lontarkan seni dan kerjaya ana sebagai pendakwah lagi?

"Apapun dunia ini sebenarnya cukup luas. Manusia boleh buat apa yang mereka rasa mereka boleh buat. Yang terbaik ialah jangan terus cepat menghukum. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak tahu kebenarannya.

"Tanya dulu sebelum menyampaikan kerana kita tidak akan tahu kesan daripada apa yang kita sampaikan itu boleh memberikan impak kepada kerjaya seni serta keluarga seseorang artis atau selebriti itu. Kalau boleh saya juga mahu keluar dari sarangnya," kata Akhil.

Apabila ditanya pula adakah benar bahawa dia dan Waheeda sudah bernikah sebagaimana yang didakwa sendiri oleh ramai peminat mereka, Akhil menjawab, soal nikah atau tidak, biarlah perkara itu menjadi urusan peribadi seseorang artis itu sendiri.

"Tapi, seandainya perkara itu berlaku, takkanlah benda yang baik seperti itu tidak akan diuar-uarkan," katanya.

» Read More....

Radhi OAG's child drowning

Ooh! No one become aware when this toddler, Rifdhi Muslim struggles single-handedly in ponds for 15 minutes.

Follow research expert, for an toddler 3 years old to live to be impossible.

p/s : Already his father mother divorce. Mayb die wants suicide coat of parents die aware skit~!

» Read More....

DAtuk For SRK~!

Shah Rukh Khan baru-baru ini dianugerahkan Datuk oleh kerajaan Negeri Melaka kerana mempromosikan Melaka di mata dunia.

Ini antara gambar Shah Rukh Khan pakai baju melayu. Serius dia kacak douh kalau jadi melayu. Hahahah! Lepas ini, die kate nak promosi kan Melaka untuk filem-filem dia yang terbaru. Dengar cerita, sampin yang dia pakai harga RM3000. Agak mahal la. Hahaha.

p/s : Melaka memang patut buat macam ni sebab sumber kewangan Melaka adalah dari pelancongan. So, bila kerajaan Melaka bagi SRK anugerah, secara tak langsung dia akan promosikan negeri Melaka. hehe.

» Read More....

Kisah Tiga Cinta: Abby, Erema, Wan Norazlin

Ramai telah mengetahui mengenai kisah Abby dan Norman.

Norman Hakim telah ditangkap khalwat di pejabatnya di Ukay Perdana bersama dengan pelakon wanita yang baru meningkat, Memey Suhaiza. Kejadian ini menyebabkan Abby memfailkan cerai terhadap Norman. Yang menyakitkan hati adalah si Memey tidak pernah keluar televisyen untuk mendengar dari mulutnya sendiri. Kesian Abby, orang lain buat, dia yang kena tembak dengan wartawan. Huhu

Kisah antara Erema dan Seri Bayu juga hangat diperkatakan sekarang ini. Tidak tahu siapa yang salah, Seri Bayu cakap, Erema sudah ada teman lelaki baru dan selalu balik lewat malam kerana bekerja di kelab malam. Tapi di pihak Erema, dia kerja di kelab malam kerana ingin menambah pendapatan dan lelaki yang menjemputnya hanyalah rakan sekerja. Dulu, Erema pernah ditemubual oleh Majalah 3 atas kesetiaannya terhadap Seri Bayu. Kini, dia sendiri yang memfailkan cerai terhadap penulis lirik terkenal itu. Anda fikirkanlah sendiri.

Di pihak Wan NorAzlin pula, pelakon Airmata Ibu dan juga pernah menggegarkan Malaysia dengan video l**ahnya ini pula tidak sanggup menuntut cerai dari suaminya walaupun suaminya memperlakukan dia seteruk mana sekalipun. Dia tidak ingin anak-anaknya tidak mempunyai bapa. Huh. Sampai begitu sekali.

Anda renungkanlah, sekarang ini ramai artis yang bercerai-berai. Mereka ini memberikan contoh yang buruk ke[ada masyarakat kerana mereka amat dikenali.

kredit to Tragedi Cinta Tiga Wanita

» Read More....

 

Copyright By  © DiNeTFM Da Blog: Gossip Isu | Original Design by NTLN @ 2008 | Modified By iEn a.k.a muncet

Back to TOP