Intro

Welcome and Welcome! DinetFM is an Internet Radio Station broadcasting live music with 24kbps mono and Online 24 hours a day. Listeners can request the song via this blog and DJ will get the request directly.

DinetFM Live



[ Status Song ] [ Get The Player ]

Request

Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir! AJL

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI 2009: Acara gemilang Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang berakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi menyaksikan Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai juara sekali gus mengenepikan Faizal Tahir yang menjuarai kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga.

Kemenangan Meet Uncle Hussain terus membuktikan bahawa kumpulan indie mampu mendominasi AJL selepas Estranged yang pernah meraih gelaran yang sama pada AJL tahun lalu melalui Itu Kamu.

Dengan tema Illuminasi Muzik, karya hebat Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass & Lan manakala lirik tulisan Taja & Tass turut dinobatkan sebagai Juara Kategori Pop Rock.
Secara keseluruhan, Meet Uncle Hussain berjaya membawa pulang 2 trofi serta wang tunai berjumlah RM37,000 pada malam ini.

Sementara itu, malam kemuncak AJL23 turut menyaksikan kepulangan hebat Mr Superman, Faizal Tahir yang cemerlang dengan menggondol 3 trofi selepas menghadapi kontroversi pada awal 2008. Tahun lalu, cita-cita Faizal terbantut untuk beraksi pada AJL22 tetapi semuanya ditebus dengan penuh bermaruah, malam tadi.

Faizal merangkul 3 anugerah utama iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik serta Juara Kategori Balada menerusi lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok & Ahmad Idzham Omar bersama lirik nukilan Faizal sendiri.

Ia sememangnya malam yang hebat buat Faizal apabila membawa pulang 3 buah trofi dan wang tunai berjumlah RM32,000.

Juara bagi kategori Etnik Kreatif pula adalah Persoalan Cinta nyanyian Farawahida hasil ciptaan Julfekar dan lirik oleh Ku Seman & Izza Rosley. Untuk kategori ini pemenang membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM 12,000.

Hadiah disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Media Prima Berhad, Dato' Seri Ahmad Farid Ridzuan.

AJL23 yang berlangsung secara gemilang dan dipancarkan melalui TV3, telah dihoskan oleh Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

No comments:

 

Copyright By  © DiNeTFM Da Blog: Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir! AJL | Original Design by NTLN @ 2008 | Modified By iEn a.k.a muncet

Back to TOP