Saya tabik sungguh dengan penyanyi muda bernama Azfar ini (dulu dia dikenali sebagai Aliff Azfar). Sebab dalam banyak-banyak genre muzik yang ada, dia lebih menggemari muzik etnik Melayu. Walau pun sedar dia berhadapan dengan kesukaran untuk memastikan muziknya diterima ramai khususnya golongan muda, dia tetap optimis dengan prinsip itu.
Saya suka dengan penyanyi yang memiliki sifat-sifat seperti ini. Apabila seseorang memiliki prinsip dan pegangan yang kuat bererti dia percaya dengan apa yang dilakukannya itu. Biarpun terpaksa mengambil masa yang cukup lama untuk menghasilkan album ini, segala hasrat, impian, naluri serta keinginan Azfar untuk menjadi penyanyi rakaman dengan unsur muzik etnik dan pop Melayu tercapai sudah.
Persoalannya, apakah kaedah yang digunakan M Nasir selaku penerbit sudah boleh disifatkan sebagai berjaya?
Selepas mendengar kesesemua 11 lagu dalam album ini, saya rasa kaedah yang digunakan itu memang ada. Sebagai komposer yang genius, berkaliber serta memiliki pengalaman cukup luas, tentulah M Nasir sudah memikirkan aspek ini sejak dari awal lagi.
Sayangnya, pendekatan yang digunakan M Nasir bersama komposer, pemuzik dan penyusun muziknya itu masih tidak cukup kuat untuk memastikan album pop etnik Melayu ini memiliki jiwa, selera dan energi muda yang cukup besar. Jika tidak, nescaya Azfar mungkin akan lebih menyerlah.
Mungkin M Nasir masih belum berupaya untuk mencetuskan magiknya terhadap Azfar. Padahal magik inilah yang sangat diperlukan untuk melahirkan satu kelainan yang luar biasa buat Azfar. Ia sama sebagaimana yang dicetuskan dalam album pertama Mawi yang mengandungi lagu menarik seperti Aduh Saliha dan Lagu Jiwa Lagu Cinta.
Apa yang anda dapat dengar dalam album adalah pengaruh antara kombinasi muzik Mawi dan M. Nasir selain Azfar sendiri. Misalnya, lagu Jatuh Cinta Pandang Pertama ciptaan M Nasir & Arabakar. Intronya memang ada bunyi Spider sebab penyusun muziknya ialah Nafie daripada band muzik tersebut tapi bila sampai saja korusnya, ia memang tipikal Mawi.
Samalah macam lagu Apatah Lagi. Lagu ini ada pengaruh rentak Inang Pulau Kencana yang pernah dipopularkan M Nasir. Tapi, komposisinya berbeza dan memiliki asas pop yang lebih kuat. Apapun kedua-dua lagu yang saya sebutkan ini antara lagu yang mempunyai kekuatannya sendiri.. Termasuklah lagu yang paling saya gemari iaitu Keranamu Kutanggalkan Egoku.
Lagu yang turut dicipta M Nasir itu mempunyai pengaruh Brit Pop sebagaimana Juwita Citra Terindah tetapi berpaksikan melodi yang cukup kuat bersama susunan muzik yang lebih catchy serta lrockish. Kekuatanya juga terletak pada penyusunan guitar work yang baik. Azfar menyanyikan lagu ini dengan baik sekali. Malah, saya rasa dia boleh dikategorikan sebagai antara penyanyi lelaki generasi baru yang memiliki vokal mantap.
Joget Ijalkabul ciptaan To'ki dan S. Amin Shahab lebih bersifat tradisional dari segi komposisi. Tapi saya suka lagu ini kerana elemen muzik tradisinya cukup solid bersama susunan lirik yang begitu indah hasil nukilan Amin. Setiap bait pantun tersusun dengan begitu cantik.
Satu lagi lagu yang saya gemari ialah Dalam Kejauhan tapi saya tidak begitu berpuas hati dengan kualiti rakamannya. Begitu juga dengan lagu joget kontemporari, Kembali yang cukup dominan sekali dari segi guitar work.
Cara Membuat Pot Pie Turki
-
[image: Cara Membuat Pot Pie Turki]
Cara Membuat Pot Pie Turki Turki Pot Pie
Turki pot pie ... hanya indah di hari yang dingin.
Untuk 6 porsi
Bahan-bahan...
No comments:
Post a Comment