Intro

Welcome and Welcome! DinetFM is an Internet Radio Station broadcasting live music with 24kbps mono and Online 24 hours a day. Listeners can request the song via this blog and DJ will get the request directly.

DinetFM Live



[ Status Song ] [ Get The Player ]

Request

Ustaz Akhil Tak Setuju Dianggap Kantoi

KUALA LUMPUR, 12 JAN 2008: Pelbagai reaksi diterima daripada peminat apabila segmen gosip dalam mendedahkan penceramah dan penyanyi Ustaz Akhil Hayy keluar menonton wayang bersama Waheeda di sebuah pawagam, baru-baru ini.

Sungguhpun begitu, gosip tersebut nampaknya tidak begitu disenangi Ustaz Akil kerana ia dianggap mampu menjejaskan kerjaya seninya serta reputasinya sebagai seorang pendakwah.

"Apabila gosip seperti itu dikeluarkan tanpa merujuk kepada empunya diri terlebih dulu, ia bukan saja mampu mengundang salah sangka di kalangan masyarakat, tapi menimbulkan bermacam-macam tanggapan buruk.

"Lebih-lebih apabila tulisan itu menggunakan perkataan kantoi. Terus-terang, ana katakan, ana tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan tersebut. Bagi ana, kantoi itu merujuk kepada sesuatu keadaan di mana seseorang dilihat telah melakukan kesalahan sedangkan ana tidak berada di dalam situasi seperti itu. Jadi kenapa perkataan kantoi itu harus digunakan?"Kebetulan pula ada ruangan komen disertakan bersama tulisan itu, jadi ia memberikan peluang kepada pembaca untuk mengeluarkan pelbagai komen mereka menerusi ruangan tersebut.

"Sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya cerita yang berlaku di sebalik menonton wayang itu. Mereka hanya menilai daripada sudut paparan cerita tersebut dan mengambil bulat-bulat apa yang dibaca," katanya sewaktu ditemui pada malam persandingan Mawi & Ekin di Seri Kembangan.

Menurut Ustaz Akil lagi, dia turut kesal kerana tidak bertanyakan lebih lanjut tentang kebenaran serta apa sebenarnya yang berlaku pada waktu itu.

"Ana faham, sebagai selebriti orang akan sentiasa melihat apa yang kita buat. Tapi, sepatutnya penulis gosip itu menghubungi ana dan bertanya betulkah apa yang dilihatnya itu, siapa lagi yang turut berada di situ, insya-Allah, ana akan jelaskan.

"Ana khuatir sekarang masyarakat akan menganggap yang bukan-bukan dan menuduh ana sebagai ustaz yang munafik. Bagaimana ana hendak lontarkan seni dan kerjaya ana sebagai pendakwah lagi?

"Apapun dunia ini sebenarnya cukup luas. Manusia boleh buat apa yang mereka rasa mereka boleh buat. Yang terbaik ialah jangan terus cepat menghukum. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak tahu kebenarannya.

"Tanya dulu sebelum menyampaikan kerana kita tidak akan tahu kesan daripada apa yang kita sampaikan itu boleh memberikan impak kepada kerjaya seni serta keluarga seseorang artis atau selebriti itu. Kalau boleh saya juga mahu keluar dari sarangnya," kata Akhil.

Apabila ditanya pula adakah benar bahawa dia dan Waheeda sudah bernikah sebagaimana yang didakwa sendiri oleh ramai peminat mereka, Akhil menjawab, soal nikah atau tidak, biarlah perkara itu menjadi urusan peribadi seseorang artis itu sendiri.

"Tapi, seandainya perkara itu berlaku, takkanlah benda yang baik seperti itu tidak akan diuar-uarkan," katanya.

No comments:

 

Copyright By  © DiNeTFM Da Blog: Ustaz Akhil Tak Setuju Dianggap Kantoi | Original Design by NTLN @ 2008 | Modified By iEn a.k.a muncet

Back to TOP