Intro

Welcome and Welcome! DinetFM is an Internet Radio Station broadcasting live music with 24kbps mono and Online 24 hours a day. Listeners can request the song via this blog and DJ will get the request directly.

DinetFM Live



[ Status Song ] [ Get The Player ]

Request

Kara Juri Ke-4 Musim Baru American Idol

LOS ANGELES, 14 JAN 2008: Angin yang bertiup kencang yang mengatakan juri tetap program realiti TV popular American Idol, Paula Abdul akan melepaskan tanggugjawabnya musim ini ternyata tidak benar.

Sebaliknya, tanggungjawab Paula dan 2 lagi juri, Simon Cowell dan Randy Jackson, akan menjadi lebih ringan dengan kehadiran Kara DioGuardi, 38, yang dilantik sebagai juri ke-4t rancangan paling popular itu.

Wajah dan kelibat penulis lagu terbaik Anugerah Grammy itu akan dapat dilihat sempena tayangan perdana American Idol musim ke-8 yang akan ditayangkan buat pertama kali bermula jam 6 petang ini, Rabu, menerusi saluran Star World (Astro Saluran 711) dan diulang jam 8 malam.
"Saya terharu dan gembira apabila diminta menyertai program ini. Saya ada menonton rancangan ini dari tahun ke tahun dan selalu teruja dengan komen daripada juri.

"Saya sedar, ini adalah tugasan yang cukup mencabar buat saya ketika ini, bagaimanapun ianya terpulang dengan bakat seseorang peserta," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Star World.

Selain menulis lagu, Kara turut dikenali sebagai produser muzik yang pernah bekerjasama dengan barisan penyanyi terbaik seperti Christina Aguilera, Kelly Clarkson, Celine Dion, Avril Lavigne, Pink, Carrie Underwood dan Britney Spears.

Kerana bakatnya, Kara telah dianugerahkan 10 BMI Pop Awards apabila kebanyakkan lagu-lagu ciptaanya berjaya disiarkan di corong radio, sepanjang 4 tahun lalu.

Sementara itu, Eksekutif Produser American Idol, Ken Warwick percaya dengan kemampuan Kara, bagaimanapun masih memerlukan Simon dalam pertandingan pencarian penyanyi terbaik berkenaan. Musim ini akan menonjolkan kelainan dengan penampilan 36 peserta yang akan berentap untuk ke peringkat 12 teratas berbanding persaingan 24 peserta di peringkat semi final pada tahun sebelumnya.

Pada pertengahan Februari nanti, 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita yang mara ke peringkat semi final akan bertanding pada setiap minggu sepanjang 3 minggu ia berlangsung.

Musim ini juga, American Idol akan menyiarkan semua kejadian di belakang tabir rancangan itu dalam satu usaha menampakkan elemen drama dan supaya lebih bersifat realiti.

Tayangan perdana American Idol musim ke-8, akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Star World (Astro saluran 711) hari ini, 14 Januari (Rabu), mulai jam 6 petang diikuti ulangannya pada jam 8 malam.

No comments:

 

Copyright By  © DiNeTFM Da Blog: Kara Juri Ke-4 Musim Baru American Idol | Original Design by NTLN @ 2008 | Modified By iEn a.k.a muncet

Back to TOP